P169 KOTA BELUD - PARLIMENTARY ELECTION.

Vote's picture

 

VOTE SEAT FOR P169 KOTA BELUD - PARLIMENTARY ELECTION.

 

STATE : SABAH.
PARLIMENT : P169 KOTA BELUD.

 


Comments

BN/UMNO MESTI MENANG BESAR!!!

Fatwa yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang yang menyuruh calon-calonnya mengumpat dan memfitnah!samasekali tidak diterima oleh seluruh lapisan masyarakat di negara ini!pada saya semua agama di dunia ini tidak menyuruh penganutnya memfitnah dan mengumpat!agaknya pihak pembangkang tergagap!sebab dah kekeringan idea kot...mungkin juga sakit kepala pusing!maklumlah tak cukup tidur!so..saya sarankan cepat-cepatlh ke hospital jumpa tuan doktor dan berehat panjang je lah!sebab sibuk-sibuk pun takde maknanye...kalau dah mengumpat awal-awal,dah tak boleh dipercayai lagi  lah.dan lagi macmana pula memimpin rakyat dan negara ni?!kalau lidah tu dah kotor!otak dah jadi kuning!bercakap macam kurang siuman memang tak boleh diterima oleh individu yang mempunyai akal dan fikiran,selagi orang itu bernama manusia!perlu anda ketahui bahawa saya yang menulis'diruangan ini adalah bumiputera,kadazandusun,dan beragama kristian,so,agama kami juga samasekali tidak membenarkan penganutnya mengumpat apa lagi memfitnah.  

"hidup BN!!!sepanjang 50 tahun pengorbananmu abadi dalam sanubari rakyat malaysia!engkau ibarat pohon teguh ,tak mungkin rebah kerana akarmu sudah dalam dan kuat!dan kami berteduh dibawahmu aman dan damai."

Tempik ku Survival Bangsa...dan Kampungku Tergadai

Niat menghalalkan cara selamanya tidak akan dapat bertahan. Mengumpat, mengeji, memfitnah bukan alasan untuk menegak keadilan...kelihatan cuma rasa terdesak dan ketakupayaan.

Tahun ini genap 17 tahun UMNO menapak dan sudah lebih 14 tahun sejak 1994 menaungi negeri lautan bayu ini yang memang sedia redup dari Tun Fuad ke Tun Mustapha, dari Tun Said ke Datuk Harris Vs Datuk Pairin. Dan sentimen 1991 menjadi fasa kedua lahirnya satu kuasa yang tak tergapai oleh mana-mana tangan dan tak akan terusir oleh mana-mana pekikan...dari Sakaran ke Musa Aman, ke mana hendak di bawa negeri ini?

Awal 1970-an negeri ini hanya sedikit di belakang Selangor sebagai negeri terkaya di persekutuan. Berdasarkan laporan UNDP untuk tahun 2000 (kebetulan sudah dua penggal pemerintahan UMNO) negeri ini seperti sudah hampir kiamat. Negeri lautan bayu ini menjadi negeri yang paling miskin di Malaysia dengan kadar pengangguran 5.6% (3.1% kadar nasional) dan 16% kadar kemiskinan iaitu 3 kali ganda kadar kemiskinan nasional. Pada 2004 kadar kemiskinan mencecah 22%. Angka ini lebih rendah sedikit daripada kadar kemiskinan untuk seluruh Indonesia dan menyamai kadar kemiskinan untuk penduduk Acheh dan negara Myanmar (sila rujuk laporan UNDP di www.undp.org.my/uploads/files/Sabah)

Jauh daripada data-data itu seperti ada sinar melalui peruntukan sebanyak RM 16,908 billion untuk negeri ini dalam Rancangan Malaysia Ke-9 khas untuk pembangunan. Jumlah itu adalah sebanyak 8% daripada keseluruhan budjet. Dengan peratusan penduduk melebihi 13% daripada keseluruhan penduduk Malaysia dan 25% keluasan negeri ini dari segi geografi yang membentuk Malaysia, maka angka ini agak pelik untuk difikirkan. Parlimen P183 Beluran (daerah saya) itu sahaja sudah sebesar negeri Pahang. Saya tidak pasti sama ada Pak Lah @ Najib tahu akan duduk letaknya daerah saya itu tapi saya amat jelas bahawa kedua-dua orang kuat UMNO itu tidak pernah membasuh kaki mereka di sana kecuali seorang, iaitu DS Anuar Ibrahim, itu pun terjadi pada zaman pergolakan tahun 1991.

Bagaimana pula dengan Musa Aman? Mungkin pernah sekali dulu, seingat saya pada awal tahun 80-an beliau pernah menjejak kaki di kampung saya. Sejak menjadi Ketua Menteri saya tidak pasti sama ada beliau boleh bercerita dengan baik tentang penduduk di Paitan contohnya, atau Tangkarason contohnya, atau Pinangkau setidak-tidaknya, atau paling gampang di Terusan contohnya.

Bagaimana pula dengan wakil parlimen dua penggal kita untuk P183 En.Ronald Kiandee (maaf jika saya tersalah eja nama beliau). Saya hampir percaya beliau pernah sampai mana-mana satu daripada tempat yang saya sebutkan tadi, sekurang-kurangnya di Paitan (kini sudah ada highway menghubungkan antara Beluran dengan  dengan Paitan melalui Lebuhraya Pamol-Pitas. p.s : sahabat-sahabat saya dari semanjung mengkaguminya sebagai sehebat jalan bendang sawah di kampung mereka). Tapi saya agak was-was sama ada beliau pernah turun sendiri ke Pekan Tangkarason dengan perjalanannya mengambil masa beberapa jam menaiki four wheel drive melalui jalan tanah merah merentasi estet-estet kelapa sawit dari Paitan. Dari pekan kecil tangkarason kemudian mudik pula ke hulu menusuri sungai kecil Tangkarason melawat kediaman penduduk bertaburan dalam jarak yang agak jauh. Tidak termasuk kediaman-kediaman yang perlu ditusuri berjalan kaki melalui denai-denai lewat bukit bukit kecil dari penampatan tepi sungai berkenaan. Mungkin beliau berkesempatan melawat tempat-tempat berkenaan untuk pilihanraya kali ini kerana bukan sahaja masa berkempennya yang agak panjang, bahkan untuk kesekian kalinya kawasan parlimen saya ini dipertandingkan. Maka kali ini terpaksa juga jentera kempen beliau nak tak nak kena bermandi peluh.

Bagaimana pula keadaannya wakil DUN dalam P183 ini. N39 Labuk (Michael Asang )dan N40 Sugut (Surady Kayong) . Saya sangat yakin setiap nama kampung sudah dalam hujung jari mereka. Mungkin juga setiap duduk letak rumah-rumah dalam setiap kampung. Kalau tidak mana mungkin mereka boleh tahu jumlah luas tanah yang dimiliki oleh setiap isi rumah dalam setiap kampung dalam kawasan mereka. Mungkin masih segar protes yang disiarkan dalam Buliten utama tentang sebahagian penduduk yang secara "sah" telah kehilangan status ke atas tanah milik mereka. Ke mana pergi hero kita ini waktu itu. Kalau ikut pepatah melayu "harapkan pagar, pagar makan padi" kalau ikut pepatah orang bajau "harapkan perahu, perahu pula miris".

Seperti yang saya catatkan dalam nukilan ringkas saya sebelum ini "Sudah Bosan" pilihanraya untuk kawasan saya kali ini kelihatannya agak meriah dengan sudah ada calon-calon yang bertanding walaupun atas tiket bebas. Sekurang-kurangnya, terpampang di depan anak mata pemimpin-pemimpin besar kita sebelah sini (semanjung)bahawa "kemenangan" tanpa bertanding bukan lah bermakna semua orang suka dan sentiasa bersetuju dengan kita.

Kepada semua calon di kawasan P183 Beluran, selamat berkempen dan untuk Cikgu Ramsah Tasim (calon Bebas P183) saya ucapkan selamat berjuang......

 

"KURANGKAN BERCAKAP DAN BUAT KERJA MASING-MASING".

Pada pandangan saya,adalah lebih baik bertempik!jika berada dalam situasi yang benar adanya,kebenaran itu terserlah...boleh nampak dengan mata kasar malah bersuluh lagi',bak kata-pepatah,"hanya jauh hari mengenal manikam".

sebenarnya,dari dulu hingga sekarang kita semua rakyat malaysia telahpun dapat merasai nikmat hidup aman dan sentosa.pihak kerajaan telahpun melakukan yang terbaik untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa,agama dan warna kulit.kalau pasal kemiskinan tu,memang ada di mana-mana,bukan di negeri bawah bayu saja ada kemiskinan,tetapi juga ada di negeri-negeri lain.kita mesti ingat dan faham suatu ungkapan yang berbunyi 'kita tak dapat memuaskan hati semua orang atau kita tak dapat memuaskan hati kepada 27juta rakyat malaysia!dan...pada saya lah kalau ada sesiapa yang tak puas hati bolehlah meninggalkan negara ini dan masuklah negara orang,dan duduklah beberapa lama di situ,supaya kita tahu bagaimana penerimaan orang luar terhadap diri kita,yang berbeza warna kulit dan rambut,yang berbeza budaya dan adat-istiadat,dan segala yang bersangkut-paut dengan hukum-hakam,mkan/minum pula macam mana,halal ke haram?!pendek kata,kita nanti tahu 'Tinggi rendahnya Langit',yang pasti anda berkata"sesungguhnya, Hujan Emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,baik lagi di negeri sendiri".

(kalau di negara orang),'DIMEJA MAKAN,SEORANG AYAH MEMBERI MAKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAKNYA,SESUDAH ITU SISA-SISA MAKANAN DAN TULANG-TULANG HANYA DI LEMPARKAN KEPADA ANJING-ANJING LAPAR YANG MENUNGGU DI BAWAH MEJA'.

Custom Search